Selasa, 4 Disember 2012

Tabung Resume COWAM

AS Salam...Richkey Creative dengan kerjasama COWAM melancarkan tabung resume COWAM untuk ahli2 mendepositkan resume@CV mereka ..Kami akan cuba mendapatkan info kerja dari company yang berminat..Kira macam Jobstreet juga la..sila emailkan ke kelabclerkofworks@gmail.com

Sabtu, 22 September 2012

BUILDING INSPECTOR



Building inspectors, sometimes referred to as construction and building inspectors, inspect the construction or repairs done to buildings. They look for abnormalities in the structural quality and general safety aspects of the building, and also typically inspect the condition of the soil as well as the depth and position of foundation footings before the actual erection of the structure.
In some cases, building inspectors also conduct periodical evaluations of the structure’s fire sprinklers and alarms along with any smoke control systems to ensure the general safety of its occupants.
An building inspector’s duties may include:
  • inspecting structures for compliance with structural quality, building codes and ordinances as well as zoning regulations
  • checking contract specifications for the safety and utility of buildings
  • examining inspection activities through specialised computer programmes
  • recording findings through work logs, file reports and photographs
  • taking action based on inspection findings
  • using survey tools to carry out inspections

Khamis, 19 Julai 2012

LOGO COWAM



Siri garisan lekuk berbentuk bumbung tersebut memberi maksud pelbagai jenis dan saiz pembinaan, siri garisan lurus pula juga berbentuk bumbung memberi maksud pelbagai skop kerja dalam sesuatu pembinaan. Segiempat sama berwarna hitam bermaksud satu tugasan yang sama (same role) sebagai Inspector-of-works dalam sesuatu pembinaan. 

Segiempat sama yang kecil berwarna hijau pula memberi maksud galakan kepada semua pihak supaya mempraktis 'go green' dalam semua jenis pembinaan. Tulisan C.O.W.A.M pula adalah ringkasan kepada Construction Inspector-Of-Works Association Malaysia.

Rancangan Penubuhan Construction Inspector of works Association Malaysia



Persatuan/kelab ini telah dirancang penubuhannya pada 28 hb Februari 2012. Keahlian dibuka kepada semua Inspector/Clerk of Work  yang terlibat secara langsung dengan industri  pembinaan di malaysia Dimana seseorang yang ingin menjadi ahli persatuan mestilah disahkan jawatannya oleh majikan, perunding atau pemilik sesebuah projek serta mempunyai pengalaman berkerja sebagai  Inspector/Clerk of Work sekurang-kurang 3 tahun .
 Definisi   

 Inspector/Clerk of Work adalah seorang yang digaji oleh pemilik bangunan atau syarikat perunding kejuruteraan bagi mewakili mereka, yang mana bidang tugasnya untuk mewakili pemilik bangunan bagi menyelia kerja-kerja pembinaan dengan tujuan untuk memastikan bahawa kerja-kerja dilaksanakan mengikut kehendak pelan dan spesifikasinya, dan juga penggunaan yang wajar akan tenaga buruh dan bahan-bahan.  Beliau bukan seorang ahli daripada kumpulan pelukis pelan mahupun penyelia tapak dan bertindak dibawah arahan Pegawai perunding berkaitan atau Pengawal Seliaan (Superintending Officer).


Tujuan / Agenda Persatuan

i) Menjadi suara yang akan memperjuangkan hak dan pengiktirafan kebolehan, keupayaan dan kemahiran ahli sebagai  Inspector/Clerk of Work yang berwibawa di dalam industri


ii) Sebagai badan atau persatuan yang dapat memantau dan membantu ahli dalam urusan kebajikan, sosial dan rohani.


iii) Menyalurkan maklumat dan informasi terkini berkaitan dunia pembinaan dan projek sama ada kepada ahli, masyarakat ataupun pihak berkuasa yang berkaitan. Sebagai badan yang akan menjadi sumber rujukan antara kerajaan dengan persatuan dan antara persatuan dengan ahli dengan cara menyalur maklumat yang sihat, membina dan membantu dalam memertabatkan lagi kualiti industri binaan di Malaysia.


iv) Merangka dan menyediakan riadah atau aktiviti yang berfaedah dari segi kepentingan sosial dan kemasyarakatan antara ahli dengan cara mewujudkan aktiviti beriadah secara berkumpulan.


v) Membantu ahli mengujudkan peluang dalam merancang, membina kehidupan yang lebih baik dari masa kesemasa dengan cara mencari atau mewujudkan peluang ahli meningkatkan pencapaian sama ada dari segi rohani ataupun pendidikan yang berteraskan teori dan teknikal.


vii) Melindungi kepentingan  Inspector/Clerk of Work dari segi perundangan berkaitan pekerjaan dan lain2 hal berkaitan.


viii) Membantu melahirkan kerani tapak projek yang dedikasi, amanah, jujur, bermaruah dan berkualiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai  Inspector/Clerk of Work yang berjaya.