C.O.W.A.M adalah salah satu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO).
COWAM adalah singkatan daripada Persatuan Inspektor Pembinaan Malaysia yang
ditubuhkan pada 5 April 2013 dengan nombor pendaftaran PPM-002-14-05042013.
COWAM telah diasaskan oleh En. Wan Hishamrudin Wan Ahmad pada 2009 dan telah
mendapat sokongan daripada ramai inspektor pembinaan di Malaysia. Hasil
daripada sokongan padu ini, En. Wan
Hishamrudin telah mengasaskan Inspector/clerk
of work Club melalui media sosial facebook
di mana sehingga kini keahliannya telah mencecah lebih 800 orang di seluruh
Malaysia. Ahli kelab ini adalah terdiri daripada inspector of work, clerk of work, engineer,
quantity surveyor, building surveyor, building
inspector, architect, project manager
dan lain-lain lagi. Keahlian dibuka kepada semua yang terlibat secara langsung
dengan industri pembinaan di Malaysia
di mana seseorang yang ingin menjadi ahli persatuan mestilah disahkan
jawatannya sebagai inspektor pembinaan sekurang-kurangnya dua tahun.
Misi &
Visi COWAM
VISI
Untuk menjadi badan yang sangat
dihormati dan berwibawa yang memastikan kepentingan awam dan keselamatan dalam
bidang pembinaan berkualiti
MISI
Menjadikan Profesion inspektor pembinaan sebagai satu badan profesional untuk memastikan bahawa pembinaan di negara ini adalah berkualiti tinggi,memenuhi etika profesional dan ditanda aras dengan amalan terbaik
Menjadikan Profesion inspektor pembinaan sebagai satu badan profesional untuk memastikan bahawa pembinaan di negara ini adalah berkualiti tinggi,memenuhi etika profesional dan ditanda aras dengan amalan terbaik
·
Mendapatkan pengikhtirafan penubuhan COWAM ini daripada pihak
Jabatan Berkuasa dalam industri pembinaan.
· Satu badan yang akan memantau dan membantu sesama ahli dalam urusan kebajikan kerja, sosial dan rohani.
· Menyalurkan maklumat dan informasi terkini berkaitan dunia pembinaan dan projek sama ada kepada ahli persatuan, masyarakat dan pihak berkuasa berkaitan.
· Satu badan yang akan memantau dan membantu sesama ahli dalam urusan kebajikan kerja, sosial dan rohani.
· Menyalurkan maklumat dan informasi terkini berkaitan dunia pembinaan dan projek sama ada kepada ahli persatuan, masyarakat dan pihak berkuasa berkaitan.
Moto COWAM
‘CEMERLANG INTEGRITI PEMBINAAN BERKUALITI’
Integriti
sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang
baik. Dalam bahasa
Melayu, ia biasanya
menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa
DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan;
keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
Matlamat
Penubuhan COWAM
Menjadi suara
yang akan memperjuangkan hak dan pengiktirafan kebolehan, keupayaan
dan kemahiran ahli sebagai inspektor
tapak projek yang berwibawa di dalam industri.
Sebagai satu badan atau persatuan yang
dapat memantau dan membantu ahli dalam urusan kebajikan,sosial.
Sebagai satu
badan persatuan yang akan menjadi sumber rujukan antara kerajaan dengan persatuan dan antara persatuan dengan
ahli dengan cara menyalur maklumat yang sihat, membina dan membantu dalam memertabatkan
lagi kualiti industri binaan di Malaysia.
Merangka dan menyediakan riadah atau aktiviti yang berfaedah dari segi kepentingan sosial dan kemasyarakatan antara ahli dengan cara mewujudkan aktiviti beriadah secara berkumpulan.
KATA INTERGRITI..byk la intergriti..ahli cowam tau ker apa itu inergriti..yg saya nmpk iow hanya berminatnak ada overtimejer.. kejar overtime,,klu xda ot xnk inspection..itulah yg say nmpk. baik iow c&s,arkitek dan M&E.bila panggil inspection byk alasan.
BalasPadam