Rancangan Penubuhan Construction Inspector of works Association Malaysia
Persatuan/kelab ini telah dirancang penubuhannya pada 28 hb
Februari 2012. Keahlian dibuka kepada semua Inspector/Clerk of Work yang terlibat secara langsung dengan
industri pembinaan di malaysia Dimana
seseorang yang ingin menjadi ahli persatuan mestilah disahkan jawatannya oleh
majikan, perunding atau pemilik sesebuah projek serta mempunyai pengalaman
berkerja sebagai Inspector/Clerk of Work sekurang-kurang 3 tahun .
Definisi
Inspector/Clerk of Work adalah seorang yang digaji oleh pemilik bangunan atau syarikat perunding
kejuruteraan bagi mewakili mereka, yang mana bidang tugasnya untuk mewakili
pemilik bangunan bagi menyelia kerja-kerja pembinaan dengan tujuan untuk
memastikan bahawa kerja-kerja dilaksanakan mengikut kehendak pelan dan
spesifikasinya, dan juga penggunaan yang wajar akan tenaga buruh dan
bahan-bahan. Beliau bukan seorang ahli
daripada kumpulan pelukis pelan mahupun penyelia tapak dan bertindak dibawah
arahan Pegawai perunding berkaitan atau Pengawal Seliaan (Superintending Officer).
Tujuan / Agenda Persatuan
i) Menjadi suara yang akan memperjuangkan hak dan pengiktirafan
kebolehan, keupayaan dan kemahiran ahli sebagai Inspector/Clerk of Work yang
berwibawa di dalam industri
ii) Sebagai badan atau persatuan yang dapat memantau dan membantu ahli dalam
urusan kebajikan, sosial dan rohani.
iii) Menyalurkan maklumat dan informasi terkini berkaitan dunia pembinaan dan
projek sama ada kepada ahli, masyarakat ataupun pihak berkuasa yang berkaitan.
Sebagai badan yang akan menjadi sumber rujukan antara kerajaan dengan persatuan
dan antara persatuan dengan ahli dengan cara menyalur maklumat yang sihat,
membina dan membantu dalam memertabatkan lagi kualiti industri binaan di
Malaysia.
iv) Merangka dan menyediakan riadah atau aktiviti yang berfaedah dari segi
kepentingan sosial dan kemasyarakatan antara ahli dengan cara mewujudkan aktiviti
beriadah secara berkumpulan.
v) Membantu ahli mengujudkan peluang dalam merancang, membina kehidupan yang
lebih baik dari masa kesemasa dengan cara mencari atau mewujudkan peluang ahli
meningkatkan pencapaian sama ada dari segi rohani ataupun pendidikan yang berteraskan
teori dan teknikal.
vii) Melindungi kepentingan Inspector/Clerk of Work dari segi perundangan
berkaitan pekerjaan dan lain2 hal berkaitan.
viii) Membantu melahirkan kerani tapak projek yang dedikasi, amanah, jujur,
bermaruah dan berkualiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Inspector/Clerk of Work yang berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan