Objektif dan Definasi Inspektor


Objektif Penubuhan COWAM

i)    Menjadi suara yang akan memperjuangkan hak dan pengiktirafan kebolehan, keupayaan 
      dan kemahiran ahli sebagai inspektor tapak projek yang berwibawa di dalam industri.

ii)   Sebagai satu badan atau persatuan yang dapat memantau dan membantu ahli dalam  
       urusan kebajikan,sosial.

iii)  Menyalurkan maklumat dan informasi terkini berkaitan dunia pembinaan dan projek 
       sama ada kepada ahli, masyarakat ataupun pihak berkuasa yang berkaitan.

iv)  Sebagai satu badan persatuan yang akan menjadi sumber rujukan antara kerajaan dengan    
       persatuan dan antara persatuan dengan ahli dengan cara menyalur maklumat yang sihat,  

       membina dan membantu dalam memertabatkan lagi kualiti industri binaan di Malaysia.

                  
iv)   Merangka dan menyediakan riadah atau aktiviti yang berfaedah dari segi kepentingan 
        sosial dan kemasyarakatan antara ahli dengan cara mewujudkan aktiviti beriadah secara  
        berkumpulan.



v)    Membantu ahli dalam merancang, membina kehidupan yang lebih baik dari masa  
       kesemasa dengan cara mencari atau mewujudkan peluang ahli meningkatkan pencapaian  
       sama ada dari segi rohani ataupun pendidikan yang berteraskan teori dan teknikal seperti 
       mengadakan seminar/kelas latihan

vii)  Melindungi kepentingan dan kebajikan inspektor pembinaan dari segi perundangan  

        berkaitan pekerjaan dan  lain2 hal berkaitan.



viii) Membantu melahirkan inspektor tapak projek yang dedikasi, amanah, jujur, bermaruah  
       dan berkualiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Inspector of Work yang
        berjaya.



             DEFINISI INSPEKTOR TAPAK

Inspektor Tapak adalah seorang yang digaji oleh klien pemilik bangunan atau syarikat perunding bagi mewakili mereka, yang mana bidang tugasnya untuk menjadi wakil pemilik bangunan bagi menyelia kerja-kerja pembinaan dengan tujuan untuk memastikan bahawa kerja-kerja dilaksanakan mengikut kehendak lukisan pelan dan spesifikasinya, dan juga penggunaan yang wajar akan tenaga buruh dan bahan-bahan.  Beliau bukan seorang ahli daripada kumpulan pelukis pelan mahupun jurubina tetapi bertindak dibawah arahan Pegawai Arkitek atau Pengawal Seliaan (Superintending Officer). Sebaliknya, seseorang yang digaji oleh kontraktor untuk tujuan yang sama dan kerja-kerja yang sama dikenali sebagai Penyelia Tapak (Site supervisor).

Di Malaysia Inspektor Tapak terbahagi kepada tiga pembahagian:

1.Inspector/clerk of work dari pihak pemaju bangunan – Dilantik sebagai wakil untuk pemaju bagi menyelia kerja-kerja Jururunding dan kontraktor utama.Beliau akan meneliti semua aspek pembinaan merangkumi semua bidang seperti Sivil structural,Arkitek dan juga M&E yang akan memantau permasalahan yang timbul di tapak bina.Gaji beliau dibayar sepenuhnya oleh Pemaju bangunan.

2. Inspector/Clerk of work dari pihak Perunding bidang kerja – Dilantik oleh perunding untuk memastikan kerja- kerja penyeliaan dan pemantauan oleh kontraktor dilakukan dengan sempurna.Beliau bertindak mengikut bidang kerja oleh syarikat perunding yg diwakilinya.Gaji beliau akan di bayar oleh perunding dari persetujuan oleh klien pemilik bangunan.

3.Inspector/Clerk of work dari pihak kontraktor – dilantik oleh kontraktor untuk mewakili perunding mengikut kontrak (design and built).Beliau akan memantau dan menyelia kerja- kerja kontraktor bagi pihak perunding dan gaji beliau dibayar oleh kontraktor mengikut persetujuan dari perunding.



10 ulasan:

  1. Kalau ambil diploma senibina,boleh ke mohon kerja cow ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh..je...tp ekot pengalaman..minimum selalunya 3 tahun..

      Padam
  2. as salam..tugas iow & cow same kan,,,mksd sy skop kerjanya

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Tuan,
    Saya sedang merangka skala elaun penyeliaan tapak untuk syarikat saya berkerja. Boleh Tuan cadangkan mana-mana garis panduan, akta atau rujukan-rujukan yang saya boleh jadikan panduan?

    BalasPadam
  5. bergantung rundingan perunding dgn klien

    BalasPadam
  6. Selalunya gaji berapa ya.. Sebab teringin jugak nk kerja bahagian nih.. Cuma takot tersilap letak rate salary..

    BalasPadam
  7. Kalau sijil teknologi senibina dpt ker nk apply keja ni

    BalasPadam
  8. Tuan, betul ke kalau nak berhenti sebagai iow ni perlu notis 3 bulan? Sebab anak sy kerja sbg iow dibawah syarikat architect swasta. Majikan beritahu, jika nak berhenti perlu notis 3 bulan. Jika notis sebulan perlu byat semula gaji 3 bulan. Betul ke begitu?

    BalasPadam