Pada 13hb Mei 2013 yang lalu, seramai 5 orang ahli COWAM yang terdiri dari ahli jawatankuasa tertinggi COWAM telah mengadakan sesi perbincangan dengan pihak CIDB. Antara kesimpulan perbincangan adalah seperti berikut :
- COWAM perlu membentuk satu kelayakan / kategori bagi setiap ahli sepaya wujudnya penstrukturan keahlian dalam persatuan.
- COWAM perlu membina rangkaian bersama - sama Persatuan Inspektor Pembinaan luar Negara dan yang paling hampir adalah Singapura atau Indonesia bagi menguatkan lagi tentang kewujudan COWAM di peringkat global.
- CIDB akan lebih senang untuk bekerjasama dengan COWAM sekiranya kita sudah bersedia dengan perkara yang dinyatakan diatas.
- Bagi menganjurkan seminar - seminar teknikal dalam masa terdekat, pihak CIDB bersedia untuk bekerjasama menyediakan tempat dan pegawai untuk memberi taklimat.
- Antara program yang disyorkan oleh CIDB kepada ahli COWAM adalah Akreditasi, Qlassic dan program teknikal yang berkaitan.
- Masukkan ahli - ahli daripada bangsa lain seperti Cina dan India.
- Persatuan digalakkan mewujudkan Koperasi bagi menjana dana dan selain itu mendapat tajaan daripada pihak tertentu.
Nasihat dan panduan yang diberikan akan lebih meningkatkan lagi status pertubuhan persatuan ini. Insha Allah dan Selamat Maju JAya... Marilah kita bersama - sama memajukan lagi COWAM.... HIDUP COWAM DIDUNIA PEMBINAAN!!!